Kelas Mengenal Dan Menggunakan Objek Dalam Reka Cipta Menggunakan Aplikasi Microsoft Word
8 Mac 2017 | Aktiviti Terkini
Pada 7 Mac 2017, PI Kg Pasir Pandak telah mengadakan Kelas Mengenal dan Menggunakan Objek dalam Mereka Cipta Menggunakan Microsoft Word. Bertempat di Bilik Training PI Kg Pasir Pandak. Aktiviti ini bermula pada jam 02.00 petang sehingga 04.00 petang dan telah disertai oleh komuniti setempat. Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai fungsi Microsoft Word selain dari menulis surat dan memberi peluang kepada peserta untuk lebih mengenali tool yang tersedia.
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri program yang di berikan:
• Memberi pendedahan awal kepada peserta mengenai Microsoft Word.
• Mempromosi latihan yang akan diadakan oleh Pusat Internet Pasir Pandak
• Merapatkan hubungan Pusat Internet dan penduduk sekitar lain juga.
• Memberi peserta menggunakan kreativiti mereka dengan mengaplikasikannya ke dalam Microsoft Word.
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi pembelajaran:
• Peserta diberikan tunjuk ajar satu-persatu oleh petugas cara penggunaan “Tools” yang tersedia didalam Ms Word.
Peserta diberikan masa dan secara individu untuk menjalankan latihan yang diarahkan petugas.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: